Friday, January 16, 2009

Hobi dan Pendapatan


Dalam kemelesetan ekonomi yang semakin serius kini, pelbagai kaedah dan cara disarankan kerajaan untuk berjimat cermat dan salah satunya ialah dengan bercucuk tanam sendiri.

Namun dengan kadar keluasan rumah yang terhad, adalah mustahil untuk berbuat demikian.

Kini anda tak perlu risau lagi. Anda masih boleh bercucuk tanam walaupun ruang tidak besar, malah boleh dilakukan di dalam rumah sahaja.

Kami menyediakan set cendawan berbenih yang dapat memenuhi keperluan itu.

Set Sekotak cendawan (berisi 9 bekas cendawan) hanya dijual dengan harga promosi RM19.90 sahaja. (tidak termasuk kos penghantaran)

Menjimatkan!
- *setiap bekas mampu mengeluarkan 70-100 gram cendawan dan pengeluaran cendawan
mampu mencecah sehingga 5-6 kali!
Bekas cendawan ada kalanya mampu mengeluarkan sehingga lebih 9 kali.
- Bukan satu bekas sahaja yang disediakan, malah 9 bekas!

Sebagai pendapatan sampingan!
- *Harga pasaran bagi 100 gram cendawan adalah lebih kurang RM1.00, menguntungkan bukan?
(cth: jika satu bekas = 6 kali pengeluaran 100 gram, maka harga cendawan adalah RM6.00,dan bekas yang disediakan berjumlah 9 bekas. maka rm6 x 9 = RM54.00)

Menjimatkan ruang!
- Tidak perlu ruang yang besar.
- saiz setiap bekas cendawan hampir menyamai saiz Botol Coke 1.5Liter. (besar sedikit sahaja)

Sebagai hobi keluarga
- Melihat sendiri bagaimana cendawan tumbuh.
- cendawan tiram memerlukan hanya lebih kurang 5 hari untuk sedia dituai.

Manual penjagaan akan diberikan
- cara-cara menuai dan proses pertumbuhan berikutnya dimuatkan sekali.
- cara penjagaan untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

Perhatian: Tempahan perlu dibuat 2 minggu awal untuk tujuan pemilihan bekas & stok.

*tertakluk kepada terma dan syarat.

Thursday, January 15, 2009

Bantulah Rakyat Palestin

Salam dari saya untuk pembaca2 blog ini. Sepertimana yang kita tahu, penderitaan rakyat palestin amat menyayat hati kita terutamanya apabila melihat anak2 kecil merintis akan kematian ahli keluarga mereka..Alhamdullilah kita di Malaysia sentiasa aman dan makmur,xde dengar bom meletup sana sini,rusuhan yang melampau atau sebaliknya.Jadi kita memang kena bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang.Bila saya terbaca blog yang ditulis oleh kak iza,banyak memberi impak kepada diri saya,jadi sesiapa yang mempunya rezeki yang lebih tu,bolehlah ringan2kan poket untuk menderma kepada saudara kita di Palestin..kalau nak baca kisah2 rakyat Palestin yang menyayat hati bolehlah singah2 ke blog kak iza kita tu di http://eezaazmin.blogspot.com/
memang best hasil2 tulisan yang akak kita tu coretkan..selain tu kak iza juga ada memberi motivasi yang berguna untuk kita praktikkan..Jadi sudi2kan lah singgah ke blog kak iza tu untuk membacanya dengan lebih lanjut :)

Picture Editing


Ok. Kepada sesiapa yang nak servis amik gambar atau photo editing, bolehlah ke blog Gambaranku Digital Zone dan dapatkan maklumat di sana.

So basically, kat sini menyediakan servis seperti di bawah:

1) Servis Fotografi (tunang, kahwin, function dan sebagainya)
2) *Custom Album (in progress of seeking better & lower printing cost)
3) Online Picture Editing (Sapa-sapa yang dah ada gambar tapi nak touch up lagi cantik)
4) Business Card, letterhead
5) Calendar
6) Logo Company
7) Make Custom Pic (Magazine like, storyline, etc)
7) Sticker Design dan mcm2 lagi. :P

Blog Gambaranku Digital Zone <-------

koleksi hantaran





salam.....

15/11/2008 adalah hari yang paling manis kepadaku kerana dengan rasminya aku telah menjadi tunangan orang. Untuk hantaran pertunangan ini, kami memilih untuk buat sendiri dari hiasan kotak/bekas hantaran hingga ke gubahan hantaran. Bekas kerang ini di sponsor oleh kakak iparku (kaklong)...letih juga la nak pikiaq idea untuk buat,tapi alhamdullilah terhasil juga gubahan-gubahan ini dengan bantuan ahli keluargaku expecially mak saya..bagi pihak saya menghantar 23 bekas dan dibalas dengan 13 bekas dari pihak lelaki...kalau sesapa nak buat tempahan bolehlah email or hubungi saya :-D

gambarku...kalendarku


nak jadikan gambar anda sebagai koleksi calender untuk tahun 2009? jika anda berminat, bolehlah emailkan ke intannorfaizah84@gmail.com atau add comment di ruangan yang disediakan.pelbagai design disediakan untuk pilihan citarasa anda..:)

Mencari Cinta?


Salam...

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru : ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru : mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

guru : ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru : ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut. maka gurunya pun bertanya..


Guru : mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya... maka guru itu menjawab...

Guru : itulah perkahwinan.......


Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..

Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..
Kalu tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau, boleh gi website

www.maskahwin.com
Insyallah, dapat membantu.

Wednesday, January 14, 2009

One Drop Perfume






Kelebihan One Drop Perfumes :

Dengan 1 TITIK, harumannya kekal sehingga 1HARI
TIADA penggunaan alkohol & air
Terdapat 8 jenis wangian didalam 1 kotak
DIinspirasikan daripada wangian jenama antarabangsa
Senang dibawa, menggunakan botol "Miniature Roll On"yang sangat praktikal

Sebarang tempahan, pesanan dan pertanyaan/rundingcara boleh berhubung terus dengan saya melalui:

TELEFON/SMS- 013-2211425
EMAIL- intannorfaizah84@gmail.com

PENTING!!!!
PENGHANTARAN ADALAH DALAM BENTUK POS LAJU. KADAR BAYARAN BOLEH DIKIRA ,MELALUI LINK DIBAWAH:

BERAT SEKOTAK ONE DROP PERFUME : 100 gram

http://www.pos.com.my